Friday, 16 August 2013

Ya Allah aku tak kuat :/

Relay aku dah tamat :/ Ya Allah sakitnyaaa semua nih. Aku rindu dia Ya Allah.Terlalu rindukan dia. Terlalu berharap untuk jumpa dgn dia. Luangkan masa dgn dia. Tapi aku tak sempat nak buat semua tuh. Aku cuba utk lupakan dia. Demi Allah aku cuba even aku tahu aku tak mampu. Bila bangun pagi..aku rasa rindu nih makin bertambah. Perasaan ni tak mampu aku tanggung sorang. Bila dia mintak putus aku rasa mcm semua harapan aku selama nih hancur sekelip mata je. Dia kata dia dah takde feeling dkt aku. Dia kata dia tak boleh nak pakse diri dia lagi. Mungkin semua nih salah aku. hmm yeeee salah aku. Aku dah banyak sakitkan hati dia. Aku tak guna peluang yg dia bagi dulu dgn sebaiknya. Tapi takkan takde tersisa kasih sayang dlm hati dia untuk aku ? hilang semuanyaaa lepas semua benda kami lalui sesama ? Tak terfikir ke dia ttg apa yg aku rasa selama nih bila dgn dia ? Aku sanggup tunggu dia pagi ptg siang malam untuk berhubung dgn dia. Aku setia tunggu dia even terkadang aku rasa sgt terpinggir. Mcm mcm aku rasa bila dia takde dgn aku. Aku takut dia jumpa girl lain. Aku risaukan dia. Semua aku pendam. Tak pernah sekali pun aku cakap aku bosan tunggu dia tipa hari. Setiap malam aku tidur awal aku set jam utk bangun pukul 12 malam semata mata nak text dgn dia. Setiap malam sayang. Aku faham dia busy dgn family dia, kawan dia . Sebab aku faham lah aku dah jarang text or call dia time pagi and petang. Tipulah aku cakap aku tak terasa langsung kan.hm tapi aku pendam semuanya. Tapi bila dia dpt tahu aku dgn lelaki lain dia terus maki, hina aku. Cakap seolah olah aku ni perempuan murah. Aku dgn lelaki tuh kawan je weh. Aku nak keluar dgn Dinie tapi aku tahu dia busy. Aku taknak lah ganggu. Salah aku itu je that time. Sebelum dia mintak putus dia dah maki, hina aku, rendahkan aku, aku ingatkan dia dah puas hati.Semua kata hinaan dia, kata makian dia semua aku telan walaupun sakit. Yelah siapa yg tak sakit kalau kena maki dgn guy yg paling kita sayang kan. Boleh je kami settle masalah nih dgn baik tapi dia tak cuba utk perbaiki relay kami. Aku yg terlalu berharap kan. Nih lah padahnya. Hm aku harap dia sedar semua nih. Dah lama kami plan nak jumpa, spend time together whole day. Banyak harapan aku yg tak tercapai dgn dia. Aku nak jumpa dia tapi selalu tak boleh. Aku nak berbuka puasa dgn dia tapi tak sempat. Aku nak pergi beraya dgn dia tapi kata putus yg aku dapat. Aku nak celebrate birthday aku dgn dia tapi bila mcm ni yg jadi, aku tahu aku takkan dpt semua tuh. Lagi 25 hari before hari jadi aku sayang. Aku harap sangat kau ada dgn aku Dinie. 

Hati dia terlalu keras untu sedar semua nih. #DearDinie aku terlalu sayang kau. Terlalu rindukan kau. Bila kau hantar text mcm tuh aku rasa kecewa sangat. Hati aku kau dah curi tapi kau pulangkan dgn cara yg sangat kasar bagi aku. Yaaa hati aku rapuh tapi hati aku terlalu berharga untuk dimiliki oleh seseorang sayang. Ingatlah balik pengorbanan aku. Salah silap aku cuba kau bandingkan dgn apa cara kau layan aku selama ni. Bandingkan lah dinie. Aku tak mintak lebih dari tuh. Aku harap timbul rasa menyesal dlm hati keras kau. Percayalah takde perempuan yg akan bertahan dgn kau setahan aku. Sungguh aku tak rela nak lepaskan kau sayang. Taktau kenapa aku berat sangat nak lepaskan kau. Aku sayang kau. Aku rindu kau. Aku harap kita sempat untuk berjumpa lagi walaupun utk kali yg terakhir. Ini harapan aku. Luahan aku. Aku rindu kau sampai tahap aku takboleh nak tengok area depan rumah aku sebab kat situ lah tempat yg selalu kau tunggu utk jumpa aku dgn senyuman yg terlalu perfect bagi aku. Aku menangis aku lemah aku rapuh untuk hapuskan kenangan nih. I need  you dear. I need you to stay beside me.

Sunday, 4 August 2013

Malam yang menyakitkan


Bloggggggggg :( malam nih kan seriously hati aku hancur. aku hilang semuanyaaaaaaa. bila dah macam ni aku harap sangat ada org y sudi dtg dekat dgn aku, sudi nak dengar luahan aku, sudi nak bangun kan aku. hmm tapi aku lupa takde siapa lagi yg sudi :/ hmm Ya Allah sakitnya. Aku dah putus asa..aku memang tak layak untuk sesiapa. bilalah semua nih nak berakhir :/ aku cuba nak puaskn hati semua org. tak mintak balasan pun cuma aku nak sgt bila aku jatuh ada yg sudi bangunkan aku. tapi apa yg aku dapat ? semua org makin jauh dgn aku. bila diorang dah taktahan dgn aku, diorang tinggalkan aku mcm tuh je. aku nak keluar dari sini. aku harap sgt oneday aku kena langgar, aku hilang ingatan. aku nak lupakan semua nih. aku nak semua org lupa dgn kewujudan aku. aku nak hidup balik dkt tempat lain.aku rasa mcm tak berguna langsung dlm hidup sesiapa. hmm dinieeeeeeeeeee bila aku perlukan kau, mana kau ? hmm kawannnnnnnnnnn bila ak jatuh mana korang ? aku perlukan semua org now tapi aku lupa aku dah kehilangan korang. padan muka dgn aku kan. hahahahahahahahhahahahahaha sakit weh sakit. 


Thursday, 1 August 2013

#DearYou Listen to this stupid story :')



Blogggggggggg :'( hmmmm aku taktau lah aku patut sedih ke gembira. hmm aku rasa aku dah terlebih kuat since berubah nih tapi kenapa bila aku teringat benda dulu aku menangis ? kenapa ! hmm sumpah aku memang nak hapuskan kenangan dulu. sakit, jatuh, bangun aku dulu semua aku buang. aku tinggalkan semua orang yg pernah berkaitan dgn aku. aku biarkan diorang tertanya tanya kenapa aku berubah macam ni tanpa jawapan. ada sebab yg terpakse aku simpan sampai aku mati. biarlah sebab tuh aku tanggung sorang sorang. hmm Abg Zamer, aku rindu kau, nak macam dulu tapi aku tak boleh :( aku mintak maaf sebab hilangkan diri macam tuh je. aku dah kuat, tak macam dulu. aku dah tak sakitkan hati sesiapa. aku hidup dalam dunia aku.

 Kuat kan aku abang Zamer ? :')

Tapi satu je kelemahan aku, bila aku dah move on daripada semua tuh, orang yg pernah berkaitan dgn aku, semua dah mula tegur aku, senyum dekat aku macam takde apa yg jadi antara kami. senangnya diorang buat mcm tuh dekat aku :'( bila aku sunyi tanpa diorang dulu, ada diorang cari aku ke ? hmm aku tunggu someone yg aku sayang contact aku, tapi takde respon pun. hmm start daripada tuh, aku rasa aku tak diperlukan lagi. tahu apa yg aku rasa ? aku rasa kosong. aku dah mula abaikan perasaan diorang yg terasa dgn perubahan aku. aku hidup dlm dunia aku. kenangan manis pahit semua aku cipta sediri dgn kekuatan aku. tapi bila aku dah kuat, kenapa senang sangat diorang muncul ? untuk jatuhkan aku lagi ? jujurnya aku lemah bila nampak diorang senyum dekat aku, tegur aku. hati aku rasa mcm "kenapa baru sekarang kau nampak kehadiran aku ?" hmm sebab aku mmg tak boleh nak terima sesiapa dalam hidup aku dah. aku dah penat hidup dgn Aini yg dulu. biarlah aku yg undurkan diri sebelum banyak benda buruk jadi dekat org yg aku sayang. jujur, nasib aku tak selalu nya baik. macam macam jadi dlm hidup aku. bila aku jatuh, sakit, menangis dgn kekuatan aku yg ada ni lah aku hapuskan semua kesakitan tuh. biarlah aku macam ni. thanks sebab ada yg hormat dgn keputusan aku. aku tahu korang dah happy tanpa aku. aku mintak maaf sangat sangat sayang :'( biarlah korang anggap aku yg buruk buruk asalkan aku tahu korang lebih bahagia tanpa aku. cukup yg tuh :')


Tia. aku mintak maaf. aku tak boleh nak cerita pasal rahsia Arep dekat kau. aku yg dengar dari mulut dia sendiri pun tak sanggup nak dengar apa yg dia dah buat, ni kan pulak bila kau dengar. hmm kau akan jatuh lagi. percayalah sekuat manapun kau, sayang bila kau dengar semua nih dari aku pasal dia, kau akan jadi lemah. kau akan hilang semua kekuatan yg kau ada sekarang ni. aku tak pandang rendah dekat kau tia. percayalah cakap aku, kau tak perlu tahu kisah ni. biar aku yg simpan. kekalkan kekuatan kau. aku tahu kau boleh hidup tanpa dia. sebelum nih, aku tahu dia yg terbaik untuk kau, aku sendiri yg rasa nak dekatkan korang bersama. tapi bila aku dengar cerita nih dari mulut dia, aku sedar dia tak layak untuk kau sayang :'/ aku mintak maaf. lupakan dia weh, lupakan Arif Hakimi b. Norhisham !