Friday, 16 August 2013

Ya Allah aku tak kuat :/

Relay aku dah tamat :/ Ya Allah sakitnyaaa semua nih. Aku rindu dia Ya Allah.Terlalu rindukan dia. Terlalu berharap untuk jumpa dgn dia. Luangkan masa dgn dia. Tapi aku tak sempat nak buat semua tuh. Aku cuba utk lupakan dia. Demi Allah aku cuba even aku tahu aku tak mampu. Bila bangun pagi..aku rasa rindu nih makin bertambah. Perasaan ni tak mampu aku tanggung sorang. Bila dia mintak putus aku rasa mcm semua harapan aku selama nih hancur sekelip mata je. Dia kata dia dah takde feeling dkt aku. Dia kata dia tak boleh nak pakse diri dia lagi. Mungkin semua nih salah aku. hmm yeeee salah aku. Aku dah banyak sakitkan hati dia. Aku tak guna peluang yg dia bagi dulu dgn sebaiknya. Tapi takkan takde tersisa kasih sayang dlm hati dia untuk aku ? hilang semuanyaaa lepas semua benda kami lalui sesama ? Tak terfikir ke dia ttg apa yg aku rasa selama nih bila dgn dia ? Aku sanggup tunggu dia pagi ptg siang malam untuk berhubung dgn dia. Aku setia tunggu dia even terkadang aku rasa sgt terpinggir. Mcm mcm aku rasa bila dia takde dgn aku. Aku takut dia jumpa girl lain. Aku risaukan dia. Semua aku pendam. Tak pernah sekali pun aku cakap aku bosan tunggu dia tipa hari. Setiap malam aku tidur awal aku set jam utk bangun pukul 12 malam semata mata nak text dgn dia. Setiap malam sayang. Aku faham dia busy dgn family dia, kawan dia . Sebab aku faham lah aku dah jarang text or call dia time pagi and petang. Tipulah aku cakap aku tak terasa langsung kan.hm tapi aku pendam semuanya. Tapi bila dia dpt tahu aku dgn lelaki lain dia terus maki, hina aku. Cakap seolah olah aku ni perempuan murah. Aku dgn lelaki tuh kawan je weh. Aku nak keluar dgn Dinie tapi aku tahu dia busy. Aku taknak lah ganggu. Salah aku itu je that time. Sebelum dia mintak putus dia dah maki, hina aku, rendahkan aku, aku ingatkan dia dah puas hati.Semua kata hinaan dia, kata makian dia semua aku telan walaupun sakit. Yelah siapa yg tak sakit kalau kena maki dgn guy yg paling kita sayang kan. Boleh je kami settle masalah nih dgn baik tapi dia tak cuba utk perbaiki relay kami. Aku yg terlalu berharap kan. Nih lah padahnya. Hm aku harap dia sedar semua nih. Dah lama kami plan nak jumpa, spend time together whole day. Banyak harapan aku yg tak tercapai dgn dia. Aku nak jumpa dia tapi selalu tak boleh. Aku nak berbuka puasa dgn dia tapi tak sempat. Aku nak pergi beraya dgn dia tapi kata putus yg aku dapat. Aku nak celebrate birthday aku dgn dia tapi bila mcm ni yg jadi, aku tahu aku takkan dpt semua tuh. Lagi 25 hari before hari jadi aku sayang. Aku harap sangat kau ada dgn aku Dinie. 

Hati dia terlalu keras untu sedar semua nih. #DearDinie aku terlalu sayang kau. Terlalu rindukan kau. Bila kau hantar text mcm tuh aku rasa kecewa sangat. Hati aku kau dah curi tapi kau pulangkan dgn cara yg sangat kasar bagi aku. Yaaa hati aku rapuh tapi hati aku terlalu berharga untuk dimiliki oleh seseorang sayang. Ingatlah balik pengorbanan aku. Salah silap aku cuba kau bandingkan dgn apa cara kau layan aku selama ni. Bandingkan lah dinie. Aku tak mintak lebih dari tuh. Aku harap timbul rasa menyesal dlm hati keras kau. Percayalah takde perempuan yg akan bertahan dgn kau setahan aku. Sungguh aku tak rela nak lepaskan kau sayang. Taktau kenapa aku berat sangat nak lepaskan kau. Aku sayang kau. Aku rindu kau. Aku harap kita sempat untuk berjumpa lagi walaupun utk kali yg terakhir. Ini harapan aku. Luahan aku. Aku rindu kau sampai tahap aku takboleh nak tengok area depan rumah aku sebab kat situ lah tempat yg selalu kau tunggu utk jumpa aku dgn senyuman yg terlalu perfect bagi aku. Aku menangis aku lemah aku rapuh untuk hapuskan kenangan nih. I need  you dear. I need you to stay beside me.

No comments:

Post a Comment