Tuesday 31 December 2013

G O O D B Y E 2 0 1 3.


Hello guys ? Any azam for 2014 ? Hahaha kalau nak sembang pasal azam sampai besok lah tak habisnya XD Bagi aku salah satu azam yg aku rasa perlu lah aku buat is lupakan Dinie and kenangan kami. Mesti hampa pelik kan asal lah aku nih tak habis-2 sembang pasal dia. Hahaha hmmm dia lelaki pertama yg buat aku jatuh hati sejatuh jatuh nya :') 5 months dgn dia bagi aku cukup lama. Bukan senang aku nak lupakan  semua nya. Pernah berkongsi pahit manis dgn dia. Pernah jadi manusia yg ada saat aku ditinggalkan dan saat aku memerlukan seseorang. You know that feeling...that kind of pain. Someone yg still mampu buat aku menangis dan tersenyum atas setiap alasan yg tertentu hingga ke harinih. Aku masih berteka teki dgn hati aku sendiri. Berdebat hebat menjawab soalan yg mungkin akhirnya sudah aku tahu. Sumpah aku penat berharap sedangkan dia mungkin dah lama kecapi bahagia. Kalau aku boleh ubah semuanya, aku harap relay kami sempurna tanpa cacat dan cela. Aku kalah dalam menerima kenyataan. Dia lebih bahagia tanpa aku. Aku beralah dan mengalah. Biarlah masa yg tentukan semua nih. Biarlah tempat dia dalam hati aku terbiar kosong tanpa penghuni. Aku lepaskan kenangan kita. Cukuplah aku terluka selama nih. Aku tinggalkan hati kau disini. Doakan aku..izinkan aku untuk hidup tanpa bayangan kau.


Tuesday 17 December 2013

Thanks for everything we had together



Hello bloggggg..wanna share something w/ you :/ Aku..rasa kehilangan lagi. Aku..rasa sakit tuh lagi. Sakit ditinggalkan seseorang. Rupanya semua sama mcm Dinie. My God, sakit dia sama mcm dinie tinggalkan aku dulu :'( hmm tak layak ke aku terus bahagia mcm org lain ? Sebab masa silam aku ke aku mcm nih ? Yaa mmg wujud pun 'orang yg baik bkn utk org yg jahat'. Hmm habis tuh aku ditakdirkan utk orang yg jahat ke ?Bila masa tuh akan tiba ? Hmm yaaa aku lupa. Aku mana layak nak miliki seseorang yg jauh 'darjat' nya dari aku. Satu aku nak cakap Danial..kalau kau rasa aku permainkan kau, kenapa aku layan semua kerenah kau selama nih ? Kau fikir aku layan kau sama dgn seribu lelaki dkt luar sana ? Semurah tuh kau fikir aku ? Fikir balik, weh. Sekali aku dah sayang, sampai mati aku takkan lupa. Then kau pilih utk berundur diri. Fine..aku takkan halang sebab mungkin wujud jugak salah aku. Biarkan kau berharap terlalu lama. Sekali lagi aku lepaskan seseorang dari hidup aku. Pergilah danial, pergi cari kebahagiaan kau. Sorry buat kau terseksa lama. Mungkin aku kena mula terima, no one layak dapat aku :') 

Kalau aku tahu sakitnya ditinggalkan aku mungkin tak sepatutnya menerima. Pengajaran mcm mana lagi lepas nih yg akan aku terima ? Ada lagi ke ? Hmm sumpah aku dah penat. Hati aku dah tak mampu nak tanggung semua nih. Air mata pun dah banyak aku bazirkan. Aku dah serik. Aku akan berhenti menerima seseorang dlm hidup aku. Biarlah aku sendiri. Mungkin itu yg terbaik. Sumpah aku dah give up dgn semua nih. Bagilah aku masa utk bersendirian. Biarkan aku mengasing kan diri. Aku perlukan masa utk terima semua nih. Aku perlukan masa utk menilai salah dan buruk nya aku. Biarkan aku menjauhkan diri. Biarkan aku sendiri dkt sini. Jaga diri, sebab mungkin aku dah tak mampu nak jadi 'sahabat' yg baik untuk korang dah :') 


Aku tak guna. Aku sedar aku tak layak utk miliki sesuatu yg berguna dkt dunia nih. Terus tinggalkan aku weh. Jangan kembali. Aku sampah, aku hina tak layak didampingi oleh someone sebaik korang. Aku faham kenapa satu satu daripada korang menjauhkan diri dari aku :') Aku sayang korang. Bagi aku korang anugerah terhebat dlm hidup aku. Terima kasih sebab mampu terima aku setakat nih. Cuma, bagi aku masa utk terima semua nih. Aku mintak maaf kalau aku dah jauh dari korang. Hope korang faham. 

Sunday 15 December 2013

#DearSahabat :)


Kawan..aku benci rasa rindu nih. Dia selalu muncul dlm mimpi aku. Mainan tidur apa nih ? Renungan dia, kata kata dia dalam kotak tidur buat aku menaruh seribu harapan. Aku nak pergi dari bayangan dia, aku nak hapuskan nama dia dari hati. Cara apa lagi yg aku perlu buat utk itu, kawan ? hmm setiap hari perlu berpura pura, setiap hari perlu memendam rasa. Sampai bila semua nih mampu bertahan ? 

Kawan.. fahami lah aku. Tolong jangan paksa aku utk lupakan dia. Aku sedang mencuba. Biarkan aku mencuba. Jangan luncurkan nama dia depan aku. Tolong sedar, itu adalah salah satu cara untuk awak semua hancurkan hati aku..lagi :') Aku hanya perlu semangat, bukan cacian. Aku cuma perlukan 'sahabat'. 

Aku tak minta dihargai, aku cuma minta peluang untuk membuktikan aku layak untuk berkongsi rasa yg sama. 


Saturday 14 December 2013

Tinggal Kenangan



Hello blogg. Lama tak update. Hmm nothing special happen to me. Dah masuk 5 bulan aku jauhkan diri dari blogg. And dah masuk 5 bulan jugak aku hidup tanpa 'Dinie'. Alhamdulillah perlahan lahan aku cuba lupakan dia. Perlahan lahan aku lepaskan dia dari sangkar masa silam aku :') Sakit dia aku sendiri yg tanggung. Dalam masa yg sama, aku menahan rindu, luka yg aku tanam..sumpah terkadang aku rasa tak mampu sangat nak hadap semua nih sorang. Susah aku nak terima semua nih. Masing masing bawa haluan masing masing. Pernah sekali aku mimpi aku ternampak dia dgn perempuan lain, and aku yakin dia mesti tengah bahagia. Dia nampak aku, dia lemparkan satu pandangan yg takkan pernah aku lupakan. Pandangan seolah olah dia cuba menyatakan sebuah perasaan terhadap aku. Pandangan tuh..hmm. Sayang nya hati aku terlalu setia menanti dia. 

Muhamad Danial Asqalani b. Azhar

Satu nama yg datang di saat aku rapuh dalam menerima sebuah kehilangan. Hadirnya dia dlm hidup aku sebagai penguat dan pendorong semangat. Bila dia mula berharap, aku semakin menolak dia dari hidup aku. Jahat sangat kah aku jika aku langsung tidak boleh meletakkan dia di tempat yg sama seperti 'dinie' dlm hati aku. Sumpah atas nama Allah tak wujud langsung niat utk permainkan dia. Malangnya lagi, aku dihentap oleh semua rakan karib aku. Masa tuh Tuhan saja yg tahu betapa aku rapuh dlm meneruskan usaha aku utk menghapuskan masa silam itu. Sayang ? Jangan disebut perkataan 'sayang', kerana aku pernah terlalu menyayangi lalu aku dilukai. Setia ? Jangan menjanjikan sebuah kesetiaan, kerana aku pernah menelan janji yg hanya meninggalkan kesan luka yg dalam. Aku ditinggalkan dalam keadaan yg hina. Masih adakah peluang utk aku membuka pintu hati ini kembali ? Sungguh, andai wujud peluang itu akan aku letakkan manusia yg menyayangi aku di dalam nya. Apakan daya, hati seolah olah mengerti akan luka yg dialami sekian lamanya. Hati aku seolah olah kerap menolak daripada menerima. 

Biarkan..

Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu, biarpun kenangan itu seharuskan dikenang tetapi bagi aku tidak pernah ada yg lebih manis nya melebih pahit. Biarkan aku kecewa, biarkan aku membawa luka. Andai ini takdir antara kita, aku percaya wujud nya sinar yg akan menemukan kita :') Sayang, lihat lah aku dan jawab pertanyaan aku, masih kah aku berdiri segar di dalam hati kamu ? Atau sudah hilangkan jejak aku di dalamnya ? Aku akan belajar utk melepaskan 'kita'. Aku mohon, jangan pernah kau muncul melalui mimpi mahupun dalam jaga. Jangan pernah menunjukkan rasa bahagia bersama 'dia' di hadapan aku. Bukan aku tidak sudi utk melihat kamu bahagia, justeru itu, aku takut aku tidak mampu utk tersenyum di atas kebahagiaanmu. Dengan lafaz Bismillahhirahmannirahim..aku lepaskan kau pergi  bersama kenangan. Teruskan berlalu kasih.  Jangan pernah kembali. 

Selamat Tinggal Muhammad Yusdinie b. Yusuf 


Tuesday 15 October 2013

Hardest thing to say. Deep inside my heart


Hollaaaaa bloggggg. Dah lama tak update. Hmm aku nak nangis boleh ? Bloggggg kenapa aku mcm nih ? Apa salah aku ? Kenapa aku tk boleh bahagia mcm org lain ? Hmm story kali nih story yg paling sakit bgi aku. Utk kali yg terakhir izinkan aku utk luah kan semua nih. Oh God, give me some spirit to move on my life ! I'm just tired waiting for something that will never be mine :/

Mesti korang dah agak kan aku nak cerita pasal siapa. hmm yeeeeee aku nak cerita pasal dia...LAGI ! Muhammad Yusdinie b. Yusuf ! Satu nama yg pernah hidup dlm hati aku dulu dan sekarang. Tapi nama tuh akan mati dlm hidup aku suatu hari nanti. Harinih Rabu 16/10/2013 banyak mengajar aku erti perhubungan yg sebenar. Harinih yg banyak mengajar aku erti perpisahan yg paling menyakitkan. Dari mata dia, aku belajar erti keikhlasan. Dari cara percakapan dia, aku belajar utk menerima kenyataan. 

Tadi, aku jumpa dia, nampak dia senyum, ketawa, marah depan mata aku. Lelaki yg plg aku rindu since 3 bulan yg lepas. Lelaki yg selalu buat aku menangis. Lelaki yg selalu buat aku bahagia. Lelaki yg tak pernah lari dari hati aku. Tuhan je yg tahu rindu nya aku dkt dia even aku tahu dia tgh bahagia dgn gadis lain. Yaaaaaa dgn gadis lain tapi bukan aku. Cerita 'kami' hanya wujud dalam masa silam. Sumpah aku terlalu rindukan cerita kami yg dulu. Cara dia panggil aku 'sayang', cara dia lembutkan hati aku, cara dia pujuk aku, cara kami bergaduh salah faham. Before berpisah dgn dia tadi, dia banyak bagi aku semangat utk mulakan hidup baru..tanpa dia. Hmm satu-2 perkara yg belum pernah aku cuba utk buat. Tak sanggup sebenarnya nak lepaskan something yg paling kita sayang. 

Dia suruh aku lupakan dia, lepaskan dia sebab 'kami' takkan pernah bersama. Dia suruh aku anggap "MuhamadYusdinie" tak pernah wujud dlm hidup aku. Dia kata dia tak layak nak azankan anak anak aku nanti. Dia kata dia tak mampu nak bahagiakan aku lagi. Masa dia cakap semua tuh, aku nampak 'ikhlas' dari hati dia. Mata dia berkaca. Dari mata dia, aku tahu dia dah lama simpan perasaan tuh. Aku dpt rasa itulah kata kata terakhir dari dia. Then dia berimaginasi. Walaupun sounds tak logik tapi cerita dia, buat aku terharu. Buat aku rasa mcm "ini Dinie yg aku kenal 8 bulan yg lepas". 

Dia kata oneday aku dah ada suami, dah ada nak satu. When aku dgn husband aku jalan jalan dkt Lumut, dia terserempak dgn kami. Dia menangis sebab akhirnya aku bahagia tanpa dia. Bila dia dah ada isteri, dia akan dtg jumpa aku, kenal kan aku dkt wife dia. Dia akan kata "Aini perempuan yg paling aku sayang suatu masa dulu. Kami berpisah kerana jodoh tak menyebelahi". Hmm masa tuh aku baru sedar dia layak utk bahagia dgn org lain. Dia buat aku rasa aku lah perempuan yg mampu buat dia bahagia dulu. Dia kata dia akan tetap sayang aku sampai bila bila. Dia nak aku kove on, kuatkan semangat, teruskan usaha. Tapi bagi aku semua tuh mustahil. Sebab aku dah terlalu jauh berubah. Berubah sebab terlalu kecewa. 

Dia dah bahagia dah pun. to Farah Nabilah : Even aku tak kenal siapa kau, tapi aku dpt rasa kau pengganti yg terbaik aku utk dia. Jaga hati dia, faham keadaan dia, terima kekurangan dia. Aku akan cuba lupakan dia. Suka tengok korang bahagia even jauh dlm hati aku, sakit sangat. Sakit yg tak boleh nak diceritakan. Tapi demi kebahagiaan korang, siapalah aku nak halang. Aku harap hubungan korang  tahan lama. Aku yakin dia boleh jaga kau selagi kau setia teman dia susah and senang. Sometimes bila aku sunyi aku terfikir, indahnya kalau aku yg ada dkt tempat kau sekarang nih. Bila aku sedih dia ada, bila kawan kawan aku ketepikan aku, dia yg selalu pujuk aku, sebelum tidur dia akan wish goodnight sebab kalau dia tk wish, aku takkan boleh tidur dgn lena. Kau beruntung dapat dia, Farah :')

Hmm before banjir rumah aku nih, better aku stop sampai sini dulu :* To be continued k. Bye takecare my dear readers. 


Friday 16 August 2013

Ya Allah aku tak kuat :/

Relay aku dah tamat :/ Ya Allah sakitnyaaa semua nih. Aku rindu dia Ya Allah.Terlalu rindukan dia. Terlalu berharap untuk jumpa dgn dia. Luangkan masa dgn dia. Tapi aku tak sempat nak buat semua tuh. Aku cuba utk lupakan dia. Demi Allah aku cuba even aku tahu aku tak mampu. Bila bangun pagi..aku rasa rindu nih makin bertambah. Perasaan ni tak mampu aku tanggung sorang. Bila dia mintak putus aku rasa mcm semua harapan aku selama nih hancur sekelip mata je. Dia kata dia dah takde feeling dkt aku. Dia kata dia tak boleh nak pakse diri dia lagi. Mungkin semua nih salah aku. hmm yeeee salah aku. Aku dah banyak sakitkan hati dia. Aku tak guna peluang yg dia bagi dulu dgn sebaiknya. Tapi takkan takde tersisa kasih sayang dlm hati dia untuk aku ? hilang semuanyaaa lepas semua benda kami lalui sesama ? Tak terfikir ke dia ttg apa yg aku rasa selama nih bila dgn dia ? Aku sanggup tunggu dia pagi ptg siang malam untuk berhubung dgn dia. Aku setia tunggu dia even terkadang aku rasa sgt terpinggir. Mcm mcm aku rasa bila dia takde dgn aku. Aku takut dia jumpa girl lain. Aku risaukan dia. Semua aku pendam. Tak pernah sekali pun aku cakap aku bosan tunggu dia tipa hari. Setiap malam aku tidur awal aku set jam utk bangun pukul 12 malam semata mata nak text dgn dia. Setiap malam sayang. Aku faham dia busy dgn family dia, kawan dia . Sebab aku faham lah aku dah jarang text or call dia time pagi and petang. Tipulah aku cakap aku tak terasa langsung kan.hm tapi aku pendam semuanya. Tapi bila dia dpt tahu aku dgn lelaki lain dia terus maki, hina aku. Cakap seolah olah aku ni perempuan murah. Aku dgn lelaki tuh kawan je weh. Aku nak keluar dgn Dinie tapi aku tahu dia busy. Aku taknak lah ganggu. Salah aku itu je that time. Sebelum dia mintak putus dia dah maki, hina aku, rendahkan aku, aku ingatkan dia dah puas hati.Semua kata hinaan dia, kata makian dia semua aku telan walaupun sakit. Yelah siapa yg tak sakit kalau kena maki dgn guy yg paling kita sayang kan. Boleh je kami settle masalah nih dgn baik tapi dia tak cuba utk perbaiki relay kami. Aku yg terlalu berharap kan. Nih lah padahnya. Hm aku harap dia sedar semua nih. Dah lama kami plan nak jumpa, spend time together whole day. Banyak harapan aku yg tak tercapai dgn dia. Aku nak jumpa dia tapi selalu tak boleh. Aku nak berbuka puasa dgn dia tapi tak sempat. Aku nak pergi beraya dgn dia tapi kata putus yg aku dapat. Aku nak celebrate birthday aku dgn dia tapi bila mcm ni yg jadi, aku tahu aku takkan dpt semua tuh. Lagi 25 hari before hari jadi aku sayang. Aku harap sangat kau ada dgn aku Dinie. 

Hati dia terlalu keras untu sedar semua nih. #DearDinie aku terlalu sayang kau. Terlalu rindukan kau. Bila kau hantar text mcm tuh aku rasa kecewa sangat. Hati aku kau dah curi tapi kau pulangkan dgn cara yg sangat kasar bagi aku. Yaaa hati aku rapuh tapi hati aku terlalu berharga untuk dimiliki oleh seseorang sayang. Ingatlah balik pengorbanan aku. Salah silap aku cuba kau bandingkan dgn apa cara kau layan aku selama ni. Bandingkan lah dinie. Aku tak mintak lebih dari tuh. Aku harap timbul rasa menyesal dlm hati keras kau. Percayalah takde perempuan yg akan bertahan dgn kau setahan aku. Sungguh aku tak rela nak lepaskan kau sayang. Taktau kenapa aku berat sangat nak lepaskan kau. Aku sayang kau. Aku rindu kau. Aku harap kita sempat untuk berjumpa lagi walaupun utk kali yg terakhir. Ini harapan aku. Luahan aku. Aku rindu kau sampai tahap aku takboleh nak tengok area depan rumah aku sebab kat situ lah tempat yg selalu kau tunggu utk jumpa aku dgn senyuman yg terlalu perfect bagi aku. Aku menangis aku lemah aku rapuh untuk hapuskan kenangan nih. I need  you dear. I need you to stay beside me.

Sunday 4 August 2013

Malam yang menyakitkan


Bloggggggggg :( malam nih kan seriously hati aku hancur. aku hilang semuanyaaaaaaa. bila dah macam ni aku harap sangat ada org y sudi dtg dekat dgn aku, sudi nak dengar luahan aku, sudi nak bangun kan aku. hmm tapi aku lupa takde siapa lagi yg sudi :/ hmm Ya Allah sakitnya. Aku dah putus asa..aku memang tak layak untuk sesiapa. bilalah semua nih nak berakhir :/ aku cuba nak puaskn hati semua org. tak mintak balasan pun cuma aku nak sgt bila aku jatuh ada yg sudi bangunkan aku. tapi apa yg aku dapat ? semua org makin jauh dgn aku. bila diorang dah taktahan dgn aku, diorang tinggalkan aku mcm tuh je. aku nak keluar dari sini. aku harap sgt oneday aku kena langgar, aku hilang ingatan. aku nak lupakan semua nih. aku nak semua org lupa dgn kewujudan aku. aku nak hidup balik dkt tempat lain.aku rasa mcm tak berguna langsung dlm hidup sesiapa. hmm dinieeeeeeeeeee bila aku perlukan kau, mana kau ? hmm kawannnnnnnnnnn bila ak jatuh mana korang ? aku perlukan semua org now tapi aku lupa aku dah kehilangan korang. padan muka dgn aku kan. hahahahahahahahhahahahahaha sakit weh sakit. 


Thursday 1 August 2013

#DearYou Listen to this stupid story :')



Blogggggggggg :'( hmmmm aku taktau lah aku patut sedih ke gembira. hmm aku rasa aku dah terlebih kuat since berubah nih tapi kenapa bila aku teringat benda dulu aku menangis ? kenapa ! hmm sumpah aku memang nak hapuskan kenangan dulu. sakit, jatuh, bangun aku dulu semua aku buang. aku tinggalkan semua orang yg pernah berkaitan dgn aku. aku biarkan diorang tertanya tanya kenapa aku berubah macam ni tanpa jawapan. ada sebab yg terpakse aku simpan sampai aku mati. biarlah sebab tuh aku tanggung sorang sorang. hmm Abg Zamer, aku rindu kau, nak macam dulu tapi aku tak boleh :( aku mintak maaf sebab hilangkan diri macam tuh je. aku dah kuat, tak macam dulu. aku dah tak sakitkan hati sesiapa. aku hidup dalam dunia aku.

 Kuat kan aku abang Zamer ? :')

Tapi satu je kelemahan aku, bila aku dah move on daripada semua tuh, orang yg pernah berkaitan dgn aku, semua dah mula tegur aku, senyum dekat aku macam takde apa yg jadi antara kami. senangnya diorang buat mcm tuh dekat aku :'( bila aku sunyi tanpa diorang dulu, ada diorang cari aku ke ? hmm aku tunggu someone yg aku sayang contact aku, tapi takde respon pun. hmm start daripada tuh, aku rasa aku tak diperlukan lagi. tahu apa yg aku rasa ? aku rasa kosong. aku dah mula abaikan perasaan diorang yg terasa dgn perubahan aku. aku hidup dlm dunia aku. kenangan manis pahit semua aku cipta sediri dgn kekuatan aku. tapi bila aku dah kuat, kenapa senang sangat diorang muncul ? untuk jatuhkan aku lagi ? jujurnya aku lemah bila nampak diorang senyum dekat aku, tegur aku. hati aku rasa mcm "kenapa baru sekarang kau nampak kehadiran aku ?" hmm sebab aku mmg tak boleh nak terima sesiapa dalam hidup aku dah. aku dah penat hidup dgn Aini yg dulu. biarlah aku yg undurkan diri sebelum banyak benda buruk jadi dekat org yg aku sayang. jujur, nasib aku tak selalu nya baik. macam macam jadi dlm hidup aku. bila aku jatuh, sakit, menangis dgn kekuatan aku yg ada ni lah aku hapuskan semua kesakitan tuh. biarlah aku macam ni. thanks sebab ada yg hormat dgn keputusan aku. aku tahu korang dah happy tanpa aku. aku mintak maaf sangat sangat sayang :'( biarlah korang anggap aku yg buruk buruk asalkan aku tahu korang lebih bahagia tanpa aku. cukup yg tuh :')


Tia. aku mintak maaf. aku tak boleh nak cerita pasal rahsia Arep dekat kau. aku yg dengar dari mulut dia sendiri pun tak sanggup nak dengar apa yg dia dah buat, ni kan pulak bila kau dengar. hmm kau akan jatuh lagi. percayalah sekuat manapun kau, sayang bila kau dengar semua nih dari aku pasal dia, kau akan jadi lemah. kau akan hilang semua kekuatan yg kau ada sekarang ni. aku tak pandang rendah dekat kau tia. percayalah cakap aku, kau tak perlu tahu kisah ni. biar aku yg simpan. kekalkan kekuatan kau. aku tahu kau boleh hidup tanpa dia. sebelum nih, aku tahu dia yg terbaik untuk kau, aku sendiri yg rasa nak dekatkan korang bersama. tapi bila aku dengar cerita nih dari mulut dia, aku sedar dia tak layak untuk kau sayang :'/ aku mintak maaf. lupakan dia weh, lupakan Arif Hakimi b. Norhisham !  



Wednesday 17 July 2013

L O V E Y O U D E A R


Muhammad Yusdinie bin Yusuf 

Dinieeeeeeeeeeee aku sayang kau :'( Sepatutnya aku happy bila kau lepaskan aku. Tapi aku tak cukup kuat untuk tuh.. Aku lemah bila takda kau. Aku nak dengar suara kau lagi, aku nak tet kau lagi, aku nak cuba faham kau lagi. Even kita dah tak boleh nak jadi mcm dulu, aku nak sentiasa dekat dgn kau. Ya Allah sakitnya apa yg aku rasa now :'( Tadi pergi sekolah, aku nak tutup kesedihan nih, aku nak tutup kesakitan ni tapi aku gagal nak buat semua tuh. Kawan kawan aku tak  henti henti bagi semangat dekat aku. hmmm jujur aku bersyukur ada kawan yg selalu ada dengan aku bila aku susah. Tapi sumpah demi Allah aku tak snggup nak jauh dari Dinie :( Aku sayang dia, aku rindu dia. Aku nak luangkan masa dgn dia. Aku nak bukak puasa dengan dia, nak dia pakai baju yg aku belikan untuk dia. Nak masa dengan dia je :'( Arrrggggghhhhhh sakitnya semua nih. Aku rasa nak lenyap dari tempat ni. Aku rasa nak hilang kan diri buat masa nih. Sakit weh sakit. Aku nak dia, Cuma nak dia sorang je :'( Now aku rasa kosong sangat. Dia kata dia masih tunggu aku . Aku harap sangat dia tunggu aku sebab aku akan datang balik dekat dgn dia. Bukan akan tapi lebih kepada pasti. Ya Allah bagilah aku peluang untuk bahagia walaupun semua nih hanya sementara bagi aku. Andai nanti ada perempuan yg lebih layak miliki dia, aku rela lepaskan dia. Hmm kekuatan apa lagi yg aku ada ? aku tak kuat. Tak mampu untuk semua ni :'( 

I love you before, I miss you now and I just need you after this and always dear :') 


Monday 17 June 2013

Kehilangan :')





Hey korang :) Lama gila tak post. Last post dulu time sebulan relationship with him kan. Now dah nak masuk 3months aku dengan dia. Happy ? Bahagia? hmm entahlah yang aku tahu aku perlukan dia lagi. Speechless lah nak jawab soalan "Aini, kau dengan Dinie okeyy?" 

- Muhammad Yusdinie bin Yusuf -

-Satu nama yg cukup indah terukir dalam hati aku since 26/3/2013. Aku sayang dia damn much even kami selalu gaduh. But lately aku rasa jauh sangat dengan dia. Hati aku dengan hati dia dah tak sehaluan ohh. Jumpa ? Dah lama tak. Text ? hmm kengkadang, tu pun time malam. Aku tak pernah pun lupa pun nak tunggu dia. Setiap hari aku tunggu dia text, dia call. Bila aku nak tidur, dia orang pertama aku fikir, aku tunggu. Aku tak sedar yg semua tuh macam seksa hati aku je. Menyesal ?hmm aku cuba elakkan perasaan tuh. Aku sayang dia each day by day.

-Aku cuma rindu dia weh. Tapi takda siapa yg faham. Aku rindu dia sangat-2 weh :( Someone tolonglah faham aku. Aku nak dia teman aku bukan nak rasa mcm aku nih bukan milik dia ! hmm seriously aku taktau sampai bila aku boleh tunggu dia lagi. Aku cuma takut ada lelaki yg datang utk pujuk hati aku. That time aku mungkin tak mampu nak hold dia lagi :/ hmm hmm bila aku rindu dia, aku menangis. Yaaaa hampir setiap malam aku menangis weh. Rindu aku dekat dia dah tak tertanggung. Kalau lah dia lepaskan je aku mybe aku dah takpyh nak risau pasal dia dah kan. Selagi dia milik aku, aku rasa macam everythings pasal dia berkaitan dengan aku. Aku susah hati bila dia lambat text ke apa. Aku  jealous tengok kawan-2 aku bahagia dengan soulmate diorang. Acting like actually couple :( Cari je lelaki lain ? hmm bagi setengah perempuan memang lah senang nak cari lelaki lain bila KS dia tak care pasal dia dah. Hmm tapi aku buka jenis macam tuh. Aku jenis setia dekat someone bila aku dah sayang. 



Tuesday 23 April 2013

Muhammad Yussdinie :*



Hoyyyyy ! aku sayang dia ~ dulu aku ragu ragu jugak dengan dia nih . tapi sebulan relay dengan dia alhamdulillah aku bahagia :') , and now aku takot gila nak kehilangan dia weh -,-''  if dah tiba masanya utk dia lepaskan aku nanti , aku tak sanggup nak tengok dia bahagia dengan perempuan lain selain aku : / waaaahhhh kritikal dah aku ni ! sumpah ketakutan der >.< hmm selagi aku mampu , aku cuba pertahankan relay ni . takdir kita siapalah yg tahu kan ? redhoooo jelah bila masa tuh tiba nanti :* wahai yusdinie gemokk , gila , gedik , kepeng ! kenapalah kau buat aku jatuh sayang dekat kau woyyyy :P tahu tak aku tak pernah jatuh suka dekat mana mana lelaki macam mana aku jatuh suka dekat kau ni . sayang kau buat aku hidup dalam ketakutan . takot nak kehilangan kau sebab aku tahu relay kita takkan kekal :') mekaseh hargai aku sampai saat ni . even kekadang aku rimas dengan kaseh sayang kau yg terlebih tuh . hahahhhaha keep loving me , my dear :* jaga hati aku yg ad dekat kau tuh elok elok . selagi hati kau pada aku , aku akan sentiasa dekat dgn kau susah or senang . 

iwillloveyouforathaousanyears <3 -



Thursday 11 April 2013

- Bahagia -



siapa dia ni ? hahaha kekasih hati aku :* almost 2 weeks dengan dia :') bahagia bersama dia dan always mengharapkan yang terbaik untuk relay kami . yeaaaaahhhh taktau pulak dalam masa aku bahagia ada je yang melenting . what a sad life . mulut orang kita tak boleh tutup kan korang ? hmmm anything happen aku cuba pertahankan relay nih . bukan senang nak jatuh sayang dekat mana mana lelaki . aku cuba percayakan kau , dinie :') taktau sampai bile aku nak pertahankan relay kita nih btw mekaseh hargai aku sampai hari ni . mekaseh sebab kau pernah cakap ape pon jadi , kita sesama settle cara baik bukan dengan dengan cara PUTUS <3 tapi aku still ragu ragu dengan kau , biy . maaf aku tak boleh nak percaya kau sepenuhnyaaa . aku mudah terpengaruh dengan mulut orang . lastly aku harap kau bahagia dengan aku. anything please let me know , biy . please jangan hide any story dari aku : / aku harap relay kita tahan lama . 

- Iloveyoubiyy -



Monday 8 April 2013

Updated :')


Alhamdulillah dikurniakan kawan baru yang tidaklah memahami semua nya tentang aku . at least selalu ada untuk aku , happy kan aku , ketawakan aku . Aida , Ain , Mida , Kia , Aina cunn :') mekaseh kawan . ohhh aida ! mekaseh kau buat aku senyum ketawa selalu yeeeeee kat sekolah , dalam kelas :* hahahaha kau buat aku tak pikir masalah yang serabut dalam kepale hotak ni . kau buat aku lupa untuk menangis . kau ajar aku untuk senyum dan benci kan sadlife story ! :'D siapa aku sekarang ? ohyeaaaahhhh . lantak lah sesiapa pon nak cakap aku nih macam mana . berubah ke tak . dah senyap ke tak . biarlah asalkan aku bahagia . buat apa nak pikir perasaan orang lain kan . hahaha malas cakap banyak . wahai blogg ajaib kenapa aku tak boleh hilang ingatan ? aku silap dulu . . . hmmmmm 



Tuesday 12 March 2013

S.O.R.R.Y




# oppppssss hahaha tertunjuk gambar pakwe kesayangan pulak . tergodaaa tak ? harap suami kita macam ni nanti . sejuk mata memandang -,-'' ada ke lagi lelaki yang macam ni . nak sebijik macam ni jugak : / tak kira ! hahaha okayyy skip~ kalau dah jodoh terima dia seadanyaaa kan kan ? :* iloveyouu bakal hubby <3 

seriously tak tipu . rindu gila nak lepak dengan abang zamer :') okey aku cukup beria berlagak bagai nak mati akan join mana mana event belia lepas nih -,-'' padahal tak mampu nak join pon . yes you can call me bodoh . takot dengan bayang bayang sendiri ? yup , correct ! <3 err biasalah cuti nanti comfirm lah ada je event kan ? hem berat hati gilaaa nak join depa . ayat lebih tepat aku tak berniat pon nak join , opssss macam lah kami dijemput pulak kan . hem whatever .. yang pasti hidup macam ni macam bahagia . 24/3 nih picnic dengan ustaz handsome + kawan sekelas + 3 kelas lagi . hahaha sorry kekelingan siked : D okey seriously excited lebih nak lepak ramai ramai . sayangnyaaa terpisah dengan kawan gedik gedik kita : / mereka lain lain kelas . picnic dekat TB je mampu . and whats the hell with TB ? wuuuuaaaaaaarghhhhhh tempat yang aku paling takot nak jejak ! omg metalik ahh aku nanti . tak sanggup nyeeeee .... aku join jugak nanti dah kira pengorbanan kayy . tolonglah menangis baca kejujuran tulus dihati ni >.< haha 

- Pesanan aku untuk korang , sayang :') baca dan faham kayy -

kumpul kenangan tuh banyak banyak . nanti boleh kita kenang sampai mati aku tak perlukan kenangan sebanyak tuh . takot kenangan semua tuh jatuhkan aku balik cukup kenangan terindah dulu tuh noktah . ada jodoh nak jumpa depa balik , tak kemana kan ?

Sunday 10 March 2013

- N . E . W -



Kenape susah sangat nak percaya lelaki , aini ? = hem jawapan untuk soalan ini rumit kayy ..act aku tak faham dengan lelaki . okaaaay aku memang tak pernah pon nak faham sifat lelaki nih . yang aku tahu lelaki semua nye sama . hem jangan marah dulu , aku cuma tak faham apa yang lelaki nak dari perempuan sebenarnye . usha couple kiri kanan kawan kawan aku . dengar macam manis je , tengok depan mata macam tak manis langsung kayy . mana batas batas hubungan tuh ? bukan nak bajet alim ke apa kat sini but makin banyak couple jenis nih makin tak percaya aku dengan lelaki . haih jujur aku cakap aku suka berkawan dengan lelaki tapi aku tak suka nak tunjuk friendly tuh sangat depan lelaki lelaki kat sekolah or dekat luar . dalam kelas aku memang tak berapa sangat nak melayan gila gila budak lelaki nih . penat penat . sampai budak laki kata aku sombong . sombong bertempat kayy . takkan lah setiap masa nak menggedik kot . err aku bukan jenis macam tu lahh ! geliiiiiii kayy . 

If aku minat "dia" , aku akan selalu cakap pasal dia for couples day . even kalau terserempak dengan dia pon aku usha suha jugak ahh . tapi .. satu je pelik aku . if orang yang aku minat dah start sedar perangai aku yang asyik usha usha dia , emmidiately aku akan jauhkan diri dari dia kayy . if dia pon betol betol minat aku , aku takkan tunjuk perangai " budak " aku dekat dia . aku akan biarkan dia kenal perangai sebenar aku . bukan senang nak dapat kepercayaan . ingat tuh :') sampai sekarang takde siape yang boleh bukak or lembutkan ahti aku supaya terima sesape <3 maaf tak berniat and tak berminat nak game sesape . 

# now , hem officially tengah mengenali someone ^ ^ comel sangat ayat yang dia pakai . dia caring , handsome , comel , kind tapi aku tak taruh harapan sangat . anything boleh jadi kan ? biar mase je yang tentukan ke mana kami :) berkawan pon boleh kan ? aku takot dia kecewa dengan sikap aku lepas nih <3 

- doakan kami , sayang :* -



Wednesday 6 March 2013

Shoulder Please


Kakak ! balik lah sini cepat : / aku takde kawan nak gadoh , takda kawan nak manja manja , takde kawan nak cerita masalah . even kadang kadang aku terbenci kau , kakak act kau lah kawan aku yang terbaik ! aku dah takde masalah , kak . adik kau nih cuba nak berubah . rindu nak dengar kau membebel , nak dengar nasihat kau , nak dengar luahan kau . setiap kali ingat dekat kau , aku rase nak menanges , weh . kan best kau duduk jee bawah ketiak aku ni haaa . ingat tak kalau kau balik sini , time malam kau mesti ajak aku sembang , luahan hati sesame . aku sunyi .. kau je yang boleh faham aku bile aku susah hati . aku banyak menyusahkan makabah , kakak . aku banyak kali buat mak sedih , kecewa . aku anak tak guna , kak . aku mintak maaf tak jage makabah elok elok bagi pihak kau . aku nak jadi macam kau , kakak . kau kuat , aku tak sanggup nak tengok kau nanges sebab perangai aku . aku terok kan ? aku mintak maaf ! :') 

kakak , aku sedih . aku nak pinjam bahu kau . dah lama aku pendam sedih aku , kak ! aku taknak susahkan kawan aku . diorang pon ade masalah masing masing . hidup aku tak tenang . . aku tak boleh jawab ujian math tadi tiba tiba blank . balik lah sini , dengar lah luahan hati aku ni . aku nak cerita puas puas dekat kau . balik lah balik lah balik lah ! : /



Tuesday 5 March 2013

- 사랑하는 형제 갈망 -



best jawab exam ? :) untonglahh sape yang dah habis sekolah tuh -,-'' err jeloussssss sangat ! alhamdulillah exam tadi boleh jawab ^ ^ okayyyyy # SKIP ~ Semalam kan ter-usha wall abang mirul . hahaha ter-nampak pulak gambar dia dengan buah hati dia :* sumpah sweet gilababeng nyeeeeeee : D kau happy kan bang ? happy untuk kau jugak . naknak tengok kau happy macam tuh hari hari <3 kau dah gemokk , abang ! 


.................................................


Wednesday 27 February 2013

Maaf Kawan :*


rasa bersalah tak habis habis lagi : / tia ! maaf tak dapat selalu ada untuk kau dah . kau mintak tolong tapi aku selalu tak boleh . ade je alasan supaye taknak tolong kau kan . hem aku tak kesah kau pikir lain ke ape , memang betol lah ape yg kau pikir tuh . aku memang cari alasan supaye tolak permintaan kau . maaf weh maaf :'/ keluar petang ? or keluar mane mane ahh aku cuba elakkan . aku pon tak sedar kenape aku jadi macam nih . bile aku pikir balek sampai hati aku kan asyik mengelak je nak tolong kau . bodohnye aku , aku buat semue ni semue untuk kepentingan aku . semue untuk kebaikan aku je . jujur sehabis jujur dah ni . aku taknak selindung pape dari korang . biarlah aku jadi kejam depan mate korang asalkan aku bahagia . takpe kan nak bahagie sendiri kejap ? aku janji nanti aku dah okey aku tolong ape yang korang perlukan ;') kalau aku dah okey lah yeeee . luka lama lambat nak sembuh . bagi seumur hidup pon tak jamin boleh basuh . aku okey selagi korang nampak aku okey . aku sedar yang korang pon sedar aku dah makin lain sekarang :') aku berubah makin lame makin ketara . - Terserah orang lain nak kata ape -