Sunday, 15 December 2013

#DearSahabat :)


Kawan..aku benci rasa rindu nih. Dia selalu muncul dlm mimpi aku. Mainan tidur apa nih ? Renungan dia, kata kata dia dalam kotak tidur buat aku menaruh seribu harapan. Aku nak pergi dari bayangan dia, aku nak hapuskan nama dia dari hati. Cara apa lagi yg aku perlu buat utk itu, kawan ? hmm setiap hari perlu berpura pura, setiap hari perlu memendam rasa. Sampai bila semua nih mampu bertahan ? 

Kawan.. fahami lah aku. Tolong jangan paksa aku utk lupakan dia. Aku sedang mencuba. Biarkan aku mencuba. Jangan luncurkan nama dia depan aku. Tolong sedar, itu adalah salah satu cara untuk awak semua hancurkan hati aku..lagi :') Aku hanya perlu semangat, bukan cacian. Aku cuma perlukan 'sahabat'. 

Aku tak minta dihargai, aku cuma minta peluang untuk membuktikan aku layak untuk berkongsi rasa yg sama. 


No comments:

Post a Comment