Saturday, 14 December 2013

Tinggal Kenangan



Hello blogg. Lama tak update. Hmm nothing special happen to me. Dah masuk 5 bulan aku jauhkan diri dari blogg. And dah masuk 5 bulan jugak aku hidup tanpa 'Dinie'. Alhamdulillah perlahan lahan aku cuba lupakan dia. Perlahan lahan aku lepaskan dia dari sangkar masa silam aku :') Sakit dia aku sendiri yg tanggung. Dalam masa yg sama, aku menahan rindu, luka yg aku tanam..sumpah terkadang aku rasa tak mampu sangat nak hadap semua nih sorang. Susah aku nak terima semua nih. Masing masing bawa haluan masing masing. Pernah sekali aku mimpi aku ternampak dia dgn perempuan lain, and aku yakin dia mesti tengah bahagia. Dia nampak aku, dia lemparkan satu pandangan yg takkan pernah aku lupakan. Pandangan seolah olah dia cuba menyatakan sebuah perasaan terhadap aku. Pandangan tuh..hmm. Sayang nya hati aku terlalu setia menanti dia. 

Muhamad Danial Asqalani b. Azhar

Satu nama yg datang di saat aku rapuh dalam menerima sebuah kehilangan. Hadirnya dia dlm hidup aku sebagai penguat dan pendorong semangat. Bila dia mula berharap, aku semakin menolak dia dari hidup aku. Jahat sangat kah aku jika aku langsung tidak boleh meletakkan dia di tempat yg sama seperti 'dinie' dlm hati aku. Sumpah atas nama Allah tak wujud langsung niat utk permainkan dia. Malangnya lagi, aku dihentap oleh semua rakan karib aku. Masa tuh Tuhan saja yg tahu betapa aku rapuh dlm meneruskan usaha aku utk menghapuskan masa silam itu. Sayang ? Jangan disebut perkataan 'sayang', kerana aku pernah terlalu menyayangi lalu aku dilukai. Setia ? Jangan menjanjikan sebuah kesetiaan, kerana aku pernah menelan janji yg hanya meninggalkan kesan luka yg dalam. Aku ditinggalkan dalam keadaan yg hina. Masih adakah peluang utk aku membuka pintu hati ini kembali ? Sungguh, andai wujud peluang itu akan aku letakkan manusia yg menyayangi aku di dalam nya. Apakan daya, hati seolah olah mengerti akan luka yg dialami sekian lamanya. Hati aku seolah olah kerap menolak daripada menerima. 

Biarkan..

Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu, biarpun kenangan itu seharuskan dikenang tetapi bagi aku tidak pernah ada yg lebih manis nya melebih pahit. Biarkan aku kecewa, biarkan aku membawa luka. Andai ini takdir antara kita, aku percaya wujud nya sinar yg akan menemukan kita :') Sayang, lihat lah aku dan jawab pertanyaan aku, masih kah aku berdiri segar di dalam hati kamu ? Atau sudah hilangkan jejak aku di dalamnya ? Aku akan belajar utk melepaskan 'kita'. Aku mohon, jangan pernah kau muncul melalui mimpi mahupun dalam jaga. Jangan pernah menunjukkan rasa bahagia bersama 'dia' di hadapan aku. Bukan aku tidak sudi utk melihat kamu bahagia, justeru itu, aku takut aku tidak mampu utk tersenyum di atas kebahagiaanmu. Dengan lafaz Bismillahhirahmannirahim..aku lepaskan kau pergi  bersama kenangan. Teruskan berlalu kasih.  Jangan pernah kembali. 

Selamat Tinggal Muhammad Yusdinie b. Yusuf 


No comments:

Post a Comment